top of page

MENGENAI WAKAF

pembangunan kompleks DTBUQ

CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN KOMPLEKS 
MADRASAH DARUL TAHFIZ BUSTAN USY’SYAQIL QURAN 
DI LOT 299 DAN LOT 1814, KAMPUNG ULU TEMAU, MUKIM DONG, RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR.


OBJEKTIF

 

Laman ini di buat atas dasar bagi membolehkan pengumpulan DANA Pembangunan bagi projek
Kompleks Madrasah untuk Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran yang di asaskan oleh Mudir Sahibus 
Samahah Maulana Zawawie Jaafar Al-Hafiz. Bagi menjayakan pembangunan ini secepat mungkin InsyaAllah, bahagian pengurusan telah membuat sistem jualan wakaf  untuk pembangunan. Setiap lot yang di wakafkan sebanyak RM50 untuk 1 kaki persegi. Di samping itu pihak bertanggungjawab telah mengeluarkan buku/sijil dan menyerahkan kepada wakil-wakil yang telah di amanahkan bagi menjual wakaf tersebut.

 

PENGENALAN

 

Pada ketika ini Madrasah Tahfiz kini di urus, di sewa dan di kendalikan di dua (2) Lokasi yang berlainan iaitu di Taman Amalina, Raub (Hafizah) dan di Kampung Chat, Benta, Kuala Lipis (Hafiz). Berada di dua (2) lokasi yang berlainan amat sukar bagi Mudir Maulana Zawawie Al-Hafiz untuk memantau dan mengurus, malah dengan bangunan yang disewa dan dipinjamkan sukar untuk penambah baikan dan penyelenggaraan di lakukan.

Kini setelah 10 tahun Madrasah Tahfiz ini di asaskan dan di jalankan, maka keperluan membangunkan satu Kompleks Madrasah adalah wajar. Dengan pelajar-pelajar yang kini mencecah 200 orang dan senarai menunggu juga hampir 200 orang maka Projek Pembangunan Kompleks Madrasah yang baru ini perlu di percepatkan.

Copyright By Darul Tahfiz Bustan Usy'Syaqil Quran 2016

  • Twitter Square
  • facebook-square
bottom of page